Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Polis sedang memburu seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Deni bagi membantu siasatan kes kematian rakan senegaranya di Cameron Highlands pada 30 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suspek dipercayai mengenali mangsa dan suspek akan senaraikan sebagai orang dikehendaki.

”Senjata masih belum ditemui namun berdasarkan hasil siasatan kecederaan mangsa disebabkan daripada senjata,” katanya selepas Majlis Majlis Perhimpunan Bulan Jun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, seorang pekerja kebun warga Indonesia maut manakala rakannya cedera dalam pergaduhan membabitkan tiga individu di tepi jalan kawasan Tringkap, Cameron Highlands.

DENI TAPATAP

Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki yang maut itu dikenali sebagai ’Agus’ berusia dalam lingkungan 50-an ditemui orang awam dalam keadaan berbaring manakala rakannya berusia 30-an cedera parah ditemui  kira-kira 500 meter daripada mayat mangsa.

Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca apabila dua mangsa dan seorang suspek bertengkar di tepi jalan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut diminta menyalurnya di balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast