Allahyarham Pyanhabib

KUALA LUMPUR – Seniman Pyanhabib Rahman dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi.

Kematian penyair dan pelakon ini disahkan oleh isterinya melalui laman Facebook.

“Assalamualaikum innalillahiwainailaihirojiun. Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. kembali pada penciptaNya. Maaf kan kesalahannya doakan yang baik baik untuknya,” katanya menerusi akaun Facebook Pyanhabib Rahman.

Berita sedih ini dikongsikan oleh rakan-rakan Allahyarham di media sosial.

Turut berkongsi berita tersebut ialah Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi melalui Facebook.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi. Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan kepada Allah jua kita akan kembali. Al-Fatehah,” katanya.

Pyanhabib, baru sahaja menyambut ulang tahun ke-66 pada 27 Mei lalu. – MalaysiaGazette