Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu dirakam keterangan membantu siasatan kes seorang pemandu e-hailing berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mendakwa diserang seorang juruiring kepada orang kenamaan di lobi sebuah hotel, di sini, pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka yang dipanggil ialah juruiring terbabit, pekerja hotel, anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), rakan pengadu, doktor, Pengarah Operasi Grab selain pemandu e-hailing itu.

Katanya, siasatan telah dan kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan susulan.

“Walaupun pengadu (mangsa) dalam kes ini telah menarik laporan polis namun hasil sambungan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati pengadu masih berminat dan ingin meneruskan kes ini,” katanya, hari ini.

Menurut Razarudin, hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod kesalahan tatatertib.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mencetuskan berhubung isu tersebut.

Katanya, ini kerana maklumat tidak tepat boleh menjejaskan siasatan yang dijalankan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast