Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

KUALA LUMPUR – Penghuni bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya telah diarahkan mengosongkan bangunan tersebut sekitar pukul 3.40 petang tadi gara-gara dikatakan ada ancaman bom.

Kakitangan MOTAC dan pelawat telah diarahkan keluar daripada bangunan berkenaan.

Menurut Astro Awani, bungkusan yang dipercayai mengandungi bom itu telah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran dan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom dilapor telah berada di lokasi kejadian.

Tindakan tersebut didakwa susulan wujud ancaman bom di tingkat 14 di bangunan tersebut.

Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom telah berada di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette