KUALA LUMPUR – Sebuah lori membawa kontena tertera logo syarikat perkapalan Israel, ZIM yang dikesan cuba memasuki negara ini melalui jalan darat di Perlis diarahkan berpatah balik ke Thailand pada Ahad lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashinm berkata, arahan tersebut dikeluarkan selepas lori terbabit memasuki terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar pada jam 12.03 tengah hari 2 Jun lalu.

“Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mendapati kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo “ZIM” yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut.

“Kenderaan telah ditahan untuk mendapat engesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Pada Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri di Johor.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel.

Menurut Ismail, kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku.

Sementara itu, beliau menyeru supaya orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. – MalaysiaGazetteompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel.-MalaysiaGazette