Fahmi Abd Moin, peguam yang dilantik oleh keluarga bagi mewakili ibu dan bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin. Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2024.

PETALING JAYA – Mahmud Abdul Jumaat bukan peguam rasmi yang dilantik mewakili ibu bapa Allayarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Datuk kepada kanak-kanak autisme itu, Zahari Mohd Reba mendakwa berlaku salah faham apabila anak dan menantutnya ditahan sebelum ini.

Jelasnya, beliau melantik Fahmi Abd Moin dan pasukannya sebagai peguam mewakili pasangan tersebut.

“Peguam pertama semasa penahanan ia berlaku ketika saya tiada di rumah jadi atas inisiatif NGO, dia (anaknya) cari peguam jadi dia teruskan mengikut prosiding mahkamah selepas prosiding reman, dan selepas saya balik saya berjumpa dengan Mahmud.

“Sebenarnya tidak ada surat rasmi melantik beliau sebagai peguam. Saya berjumpa Fahmi, beliau peguam rasmi yang saya lantik, sebenarnya salah faham kedua-dua pihak mungkin antara media dengan Mahmud,” katanya ketika ditemui di lobi Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Fahmi Moin peguam baharu wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Enggan mengulas lebih lanjut katanya, mereka sekeluarga hanya mahukan keadilan terhadap cucu dan anak termasuk menantunya.

“Sebenarnya kes Zayn ni, kami mahu keadilan terhadap cucu saya dengan Zaim Ikhwan dan Isma. Pada masa kejadian dia berada dengan saya,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co memaklumkan beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan dibuat atas faktor-faktor tertentu. – MalaysiaGazette

Peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri