Dua wanita antara lima ditahan terlibat aktiviti promosi persundalan dan jual ubat perangsang dan video seks di media sosial dalam serbuan di Bandar Bukit Mahkota Bangi semalam.Ihsan D7 Bukit Aman

KAJANG – Lima individu, termasuk seorang wanita, yang disyaki terlibat dalam mempromosikan aktiviti persundalan ditahan polis di sebuah kediaman mewah di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam

Sindiket tersebut juga didapati menjual produk dan video seks di laman media sosial media sosial.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan mengajak pelanggan melanggan Channel Telegram suspek dengan bayaran antara RM450 sehingga RM550 untuk setiap langganan.

Dua wanita antara lima ditahan terlibat aktiviti promosi persundalan dan jual ubat perangsang dan video seks di media sosial dalam serbuan di Bandar Bukit Mahkota Bangi semalam.Ihsan D7 Bukit Aman

“Sindiket ini juga akan menggunakan talian Whatapp untuk berhubung dengan pelanggan bagi mengatur pengiklanan dan pertemuan serta pembayaran sekiranya pelanggan bersetuju untuk mendapatkan khidmat seks suspek,’ katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dalam serbuan yang dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat,Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mereka menahan dua lelaki tempatan dan dua warga Indonesia yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia 17 dan 26 tahun

Menurut Mohamad Farouk, siasatan mendapati sindiket itu mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

Tambah beliau, barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, mereka kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Jelasnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda serta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 selain Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette