drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, di sini seperti yang tular menerusi media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata, berdasarkan siasatan kejadian itu berlaku pada Selasa dan pihaknya berjaya menahan kedua-duanya iaitu jurujual kedai runcit berusia lingkungan 30-an pada 2.30 petang semalam dan pelanggan berusia 40-an pada 11 malam tadi.

“Kejadian berlaku kira-kira 11.50 malam (Selasa) apabila jurujual itu didatangi dua lelaki tempatan dengan seorang daripadanya meminta jurujual mengambil minuman keras.

“Perkara itu telah mencetuskan perselisihan faham lalu berlaku kejadian tumbuk-menumbuk (antara jurujual dan pelanggan). Kejadian berlarutan apabila pelanggan terbabit bertindak memukul belakang kepala jurujual menggunakan topi keledar ketika mereka berada di luar premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan pelanggan terbabit cedera ringan di bahagian muka dan kedua-duanya kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu tular dua video memaparkan dua lelaki saling membuat provokasi selain mengajak untuk bertumbuk satu lawan satu sambil diperhatikan oleh pelanggan lain dan pergaduhan itu akhirnya berjaya dileraikan oleh seorang pelanggan yang turut berada di situ. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast