Ahmad Jailani Muhamed Yunus

KUALA LUMPUR – Jawatan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kosong sejak Julai tahun lalu kini diisi Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan Ahmad Jailani selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Ahmad Jailani akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus yang memiliki Ijazah Kedoktoran dari Universiti Hiroshima, Jepun mempunyai pengalaman yang luas selama 30 tahun.

“Dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam Perkhidmatan Awam termasuk sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” kata beliau.

Jawatan Pengerusi SPA kosong selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman yang dilantik sebagai Pengerusi SPA ke-13 pada 25 Julai 2018, menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast