Suspek lelaki didakwa mencabul seorang wanita di sebuah pasar raya di Selayang.

KUALA LUMPUR – Polis sedang meneliti aduan seorang wanita didakwa telah dicabul dalam satu kejadian di sebuah pasar raya pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pasar raya di Selayang.

“Aduan daripada mangsa berusia 30 tahun, kita sahkan perkara ini dan ia sedang diteliti ketika ini. 

“Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kejadian itu telah tular menerusi media sosial yang memaparkan mangsa ketika itu sedang membeli belah di salah satu ruangan dekat kedai dalam pasar raya berkenaan.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian itu kemudiannya menunjukkan seorang lelaki kemudiannya melepasi wanita itu sebelum tangannya dilihat menyentuh bahagian punggung mangsa. -MalaysiaGazette