KULA LUMPUR – Sejak dari kecil pemuda yang bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang pertanian kerana didedahkan oleh pekerjaan hakiki ibu dan bapa yang menguruskan ladang kelapa sawit dan ladang getah.
Disebabkan itu beliau mempunyai pelbagai tanaman di dalam rumah yang lebih
memfokuskan kepada pokok hiasan hutan yang cantik untuk dijadikan sebagai landskap di rumah.
Namun minatnya telah terarah kepada keunikan terrarium yang juga menggunakan pokok-pokok hutan membuatkan Mohamad Indra Shahril Zainal dari Fakulti Pertanian, UPM jatuh cinta terhadap seni hiasan tanaman dalam balang kaca ini sejak tahun 2016.
“Kali pertama melihat hiasan dalam balang kaca ini ialah semasa saya ke Pameran
Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA). Saya terus sertai bengkel terrarium untuk mempelajari seni hiasan tanaman yang sangat kurang di Malaysia.
“Kreativiti gubahan terrarium diispirasikan banyak dari negara Jepun di dalam Instagram
mereka dan juga dari contoh-contoh lain.
“Walau bagaimanapun saya lebih memilih terrarium tertutup, penjagaan memang sangat
mudah,” katanya.
Tumbuhan di dalam terrarium ini tidak perlu disiram setiap hari kerana proses ekosistem di dalam balang kaca yang mengeluarkan wap air. Jadi dari situ pokok-pokok di dalam
terrarium itu mendapatkan air,” katanya.
Terrarium tertutup
Jenis tertutup menggunakan tumbuhan yang tahan dengan kadar kelembapan yang tinggi. Tumbuhan yang sesuai digunakan adalah lumut yang terdiri daripada dua jenis iaitu bun moss dan pillow moss, Fittonia, Ivy plant dan bromeliad yang tahan lasak.
Kebiasaannya tanaman ini tidak memerlukan cahaya matahari berterusan dan boleh bertahan dengan siraman yang tidak kerap iaitu dalam tempoh seminggu hingga dua minggu.
Terrarium Terbuka
Manakala terrarium jenis terbuka pula hanya mempunyai sebelah ruang terbuka untuk
pengudaraan. Ia sangat sesuai dengan tumbuhan jenis tropika seperti paku-pakis, pilea dan tumbuhan karnivorus.
Tumbuhan jenis ini memerlukan tidak terlalu banyak cahaya matahari dan perlu disiram seminggu sekali.
Cabaran hasilkan terrarium
Beliau berkata, cabaran utama untuk menghasilkan setiap karya terrarium yang mempunyai jalan cerita atau tema tertentu.
Namun cabarannya sebagai penggubah terrarium, beliau perlu mengembara ke dalam hutan, ladang kelapa sawit dan air terjun untuk mencari lumut yang berkualiti dan juga pokok-pokok hutan yang boleh hidup dalam balang kaca.
Tambahnya, jika seseorang itu minat terrarium mereka akan sanggup untuk mencari lumut di dalam hutan walaupun mengambil masa berjam-jam.
“Ini kerana pada waktu itulah kita membuat pemerhatian di kawasan yang mempunyai
pelbagai jenis lumut untuk diambil pada masa akan datang dengan konsep karya yang ada di dalam pemikiran.
“Tak semua lumut boleh digunakan di dalam terrarium, sebab itu setiap penggubal terrarium perlu tahu di hutan manakah terdapat lumut spesis yang berlainan, batu, pokok hutan yang perlu mengambil kira pelbagai perkara bagi menghasilkan sebuah terrarium yang cantik dan berkualiti tinggi,” ujarnya.
Anak sulung ini telah menghasilkan lebih dari 40 terrarium sebagai koleksi dan juga dijual
sebagai hadiah korporat di Fakulti Pertanian UPM.
Pengalaman paling menggembirakan sepanjang lapan tahun berkecimpung dalam bidang
terrarium, apabila dapat menemui spesis lumut yang unik dan jarang-jarang ditemui di
hutan.
Bukit Fraser adalah sebuah lokasi yang mempunyai pellbagai jenis lumut di atas suhu dan
kelembapan.
Baginya, mereka yang berkecimpung dalam dunia terrarium ini boleh diusahakan sercara
serius sebagai sebuah pendapatan.
“Saya melihat potensi dalam industri terrarium ini mampu menjana pendapatan yang
lumayan jika diusahakan secara serius, namun ia memerlukan kecekalan, minat yang tinggi dan perancangan untuk lebih berjaya.
Perancangannya pada masa hadapan adalah untuk memiliki sebuah kedai terrarium dan
menjadi seorang tenaga pengajar dalam bidang ini.
“Saya turut mengadakan bengkel kepada orang perseorangan, berkumpulan, pertubuhan,
syarikat dan persatuan. Harga bengkel bergantung kepada pakej yang ditawarkan berharga antara RM150-250 untuk seorang. Harga jualan untuk setiap unit terrarium pula bermula serendah RM60-450.
“Oleh itu, saya berharap agar pelajar pertanian di UPM untuk mengambil peluang ini dan
menjadikan bidang terrarium sebagai sebuah kerjaya. Ini kerana di Malaysia masih kurang pakar dalam bidang ini diceburi.
“Ia boleh menjadi sebuah pendapatan yang lumyan,” ujarnya. – MalaysiaGazette