Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori yang tiada fleet card boleh mendapatkan semula rebat tunai atau pemulangan subsidi diesel.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,  dakwaan sesetengah pihak ada permohonan pemandu bas dan lori untuk mendapatkan fleet card gagal seterusnya membebankan mereka adalah salah sama sekali.

“Jika seseorang itu menepati ciri-ciri dalam kategori yang sepatutnya, dia mempunyai hak dan layak untuk mendapatkan fleet card.

“Bagaimanapun, antara faktor seseorang itu belum lagi menerimanyad adalah membuat permohonan dengan laman web menyebabkan dia tidak mendapat kad itu sebelum pengumuman dibuat,” ujarnya pada sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, ada laporan mendakwa hanya permohonan syarikat besar sahaja yang diluluskan manakala syarikat kecil pula tidak menerima sebarang respon.

Menurut Anthony, kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme untuk memulangkan semula subsidi kepada para pengusaha tersebut dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, mereka perlu simpan resit sebagai bukti jumlah diesel yang telah digunakan,” katanya.

Pengumuman notis dalam jangka masa pendek berkait rapat untuk melaksanakan pengapungan harga diesel bagi mengelak berlaku sebarang kekurangan bekalan bahan bakar itu.

“Kami sudah bincangkan perkara ini berbulan-bulan, benar kami baru sahaja umum pengapungan harga semalam tapi kami sudah beri banyak petunjuk.

“Oleh sebab itu, penting untuk semua pihak faham kenapa kerajaan perlu laksanakan dasar ini.

“Kerajaan Perpaduan mengambil langkah berani yang tidak pernah dilakukan kerajaan sebelum ini kerana kami berniat untuk mengubah struktur ekonomi negara dan menyelamatkan negara daripada rugi berbillion ringgit akibat penyeludupan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast