Perodua Myvi dipandu oleh seorang warga emas yang maut selepas merempuh papan tanda lalu lintas di Kuantan dalam kejadian pagi tadi mengalami kerosakkan di bahagian depan kereta.

KUANTAN – Seorang warga emas maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh papan tanda lalu lintas di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Bukit Ubi, di Kuantan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Mohd Saupi Sulaiman, 60, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

Menurutnya siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Bukit Ubi dalam perjalanan ke Bandar Kuantan kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu.

“Apabila tiba di tempat kejadian, ketika mangsa embelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast