KUANTAN – Proses pelupusan 10 tan abu al-Quran dijalankan di perairan Laut China Selatan di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr. Zulkifle Ali berkata dengan proses pelupusan tersebut dijalankan oleh JAIP dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Proses melupuskan 10 tan abu naskah dan bahan bercetak yang mengandungi ayat al-Quran di laut pada kedudukan sekitar 10 batu nautika dari persisiran pantai Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dengan menggunakan KD Pahang.
“Majlis perasmian telah diadakan di Dewan Kilau, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dekat sini sebelum kapal muatan 10 beg abu naskah bertolak pda jam 10 pagi tadi,” katanya.
Program berkenaan disertai 78 anggota TLDM, 36 kakitangan JAIP, empat kakitangan KDN Pahang dan SWCorp Pahang selesai kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Kerjasama antara dua agensi tersebut memenuhi konsep Whole of Government, Whole of Society yang telah diadaptasi antara pihak JAIP dalam mengeratkan kerjasama di antara dua pihak.
Aktiviti pemulian yang dilaksanakan bermula dari proses pembakaran, pengumpulan abu dan seterusnya melarutkan abu al-Quran ke laut.
Abu teks dan bahan al-Quran tersebut dibancuh menggunakan air, dimasukkan ke dalam acuan dan dikeringkan sehingga menjadi ketulan kiub.
la diproses di Pusat Pemuliaan al-Quran JAIP, Pekan dan Kompleks Pemuliaan al-Quran Negeri Pahang, Chenor setelah melalui proses pemuliaan dan menjadi abu selepas setahun lalu.
Terdahulu TLDM pernah membantu JAIP pada 2018 dengan melupuskan sejumlah 2,625 tan abu teks dan bahan al-Quran telah dilarutkan ke laut.
Manakala pada tahun 2022 pula sebanyak enam tan manakala sejumlah 12 tan abu al-Quran dan bahan yang mengandungi ayat suci itu telah dilupuskan oleh pihak JAIP di mana pada hari ini – 10 tan dan sebelum ini kira-kira dua tan telah dilupuskan dengan kerjasama LKIM Negeri Pahang dan Persatuan Nelayan Kuala Pahang, Pekan.
Datuk Dr. Zulkifle Ali Al- Hafiz melakukan proses persemadian abu ayat-ayat suci Al-Quran ke dasar laut bersama warga JAIP dan TLDM hari iniSementara itu, semasa proses persemadian abu ayat-ayat al-Quran itu dikatakan berlaku fenomena di luar kebiasaan apabila KD Pahang dikerumuni sekumpulan burung camar.
Difahamkan senario berkenaan bukan satu kebiasaan burung berkenaan berkumpul, menurut anggota tentera yang bertugas. – MalaysiaGazette