APMM menahan sebuah bot itu dikendalikan oleh empat warga asing di perairan Rompin, semalam.

KUANTAN – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan dAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang di Rompin kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Bot itu ditahan ketika APMM menjalankan rondaan Op Makmur dan Op Tiris pada  kedudukan 2.5 batu timur laut perairan Kuala Endau.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten MaritimZainudin Mohd Zuki berkata, bot itu dikendalikan oleh empat orang kru termasuk tiga warga Indonesia dan seorang kru warganegara Thailand berusia antara 33 hingga 58 tahun.

”Bot itu disyaki telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah untuk beroperasi dan menggajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes juga akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan

Bot dan kesemua kru bersama hasil tangkapan yang dianggarkan sebanyak 2,800 kilogram (kg) dan peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pos MaritimTeluk Gading untuk tindakan lanjut.

APMM mengingatkan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen atau melanggar syarat merupakan satu kesalahan utama oleh kebanyakan bot nelayan terutamanya di perairan Pahang.

Pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana perlanggaran yang menyalahi undang-undangyang telah ditetapkan. – MalaysiaGazette