PETALING JAYA – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi tetamu kehormat majlis Makan Malam Korporat Advance Pact yang berlangsung malam tadi.
Kehadiran isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil dan Penasihat Korporat Advance Pact Profesor Dr. Mohamad Salmi Sohod.
Turut hadir Exco Selangor Dr. Mohammad Fahmi Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Datuk Hasan Azhari Idris dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry.
Majlis yang bermula jam 8 malam itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Reka Bentuk Kejuruteraan Cambridge University, Profesor John Clarkson, bekas Pengarah Bioperubatan Cambridge University, Jeanette Walker dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastwood Park, John Thatcher.
Makan malam tersebut bagi menghargai kerjasama dalam usaha menterjemahkan dasar strategik kerajaan mengenai inovasi sains dan teknologi menjadi kenyataan.
Ia bertujuan untuk mewujudkan Malaysia yang mampan dalam sains dan teknologi perubatan, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada Malaysia tetapi juga rantau ini dan manusia sejagat.- MalaysiaGazette