Wan Rosdy telah dibenarkan pulang setelah menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN)

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan discaj daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah lapan hari menerima rawatan.

Menerusi catatan akaun Facebooknya, beliau dinasihatkan doktor untuk berehat dan akan menjalani rawatan susulan bagi pemantauan lanjut kesihatannya.

Wan Rosdy dijangka akan meneruskan tugasan rasminya selepas keadaan kesihatannya pulih.

”Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang setelah menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari tadi.

”Buat masa ini saya dinasihatkan untuk banyakkan berehat serta perlu menjalani rawatan susulan. Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama lapan hari saya berada di IJN.

”Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya. Insya Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa,” katanya.

Pada 7 Jun lalu, Wan Rosdy dilaporkan menjalankan rawatan dan prosedur pembedahan di IJN. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast