Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid akan mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan mengenai kedudukan beliau yang disingkirkan dalam satu program terbitan RTM malam ini.

Sidang media itu akan diadakan di Putrajaya jam 8 malam ini.

“Tergempar: Sidang media Ustaz Don menjelaskan kontroversi berhubung hadis jam 8 malam ini,” kata jemputan yang diberikan kepada media.

Sidang media itu dijadualkan akan diadakan di TempaDaniyal [Smoked Kingdom by Don Daniyal, Presint 8, Putrajaya.

Dalam jemputan itu juga, Ustaz Don dikatakan akan menjelaskan mengenai isu hadis yang disebut dalam satu program di televisyen.

“Ustaz Don ajak bertemu dengan kawan-kawan media untuk menjelaskan apa yang berlaku berhubung isu hadis. Kalau berkesempatan malam ini,” jelas jemputan itu lagi.

Media hari ini melaporkan Ustaz Don sekali lagi disingkirkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1.

Baru muncul semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman beri bayangan kekecewaan susulan tindakan pendakwah popular itu.

“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.

“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim.

So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di platform X, pada Jumaat. -MalaysiaGazette