Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi bersama penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidiladha Parlimen Indera Mahkota 2024 di Masjid Jamek Beserah, di Kuantan pada hari ini

KUANTAN – Sebanyak 42 ekor lembu disumbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Raya Aidladha bagi penduduk di Parlimen Indera Mahkota tahun ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi berkata, penyerahan lembu akan dibuat sehari sebelum raya nanti di 29 masjid dan 13 surau terpilih di kawasan Indera Mahkota.

”Selain lembu, setiap masjid terpilih mendapat sumbangan RM3,000 dan surau pula RM2,000.

“Diharapkan sumbangan ini dapat merancakkan lagi program pengimarahan masjid dan surau dalam daerah Kuantan dan kawasan Parlimen Indera Mahkota.

“(Sumbangan) ini sesuai dengan gagasan Malaysia MADANI, pembangunan institusi agama Islam sentiasa menjadi penumpuan khusus dalam mengangkat nilai-nilai Islam terutamanya ibrah yang dipelajari daripada peristiwa korban ini,” katanya.

Ahmad Farhan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidiladha Parlimen Indera Mahkota 2024 di Masjid Jamek Beserah baru-baru ini.

Sebelum itu, Ahmad Farhan turut menyampaikan bantuan kewangan daripada Perdana Menteri sebanyak RM50,000 kepada Madrasah Asyraful Madaris.

Abdul Aziz Mohd Noh

Pengerusi Masid Jamek Beserah, Aziz Mohd Noh menyifatkan pemberian tersebut merupakan satu rahmat kerana masjid berkenaan belum pernah menerima sumbangan sebelum ini.

Abdul Aziz berkata, pemberian tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk jemaah selain dapat mengimarahkan masjid itu.

”Kami harap pemberian lain dapat disalurkan kepada masjid secara berterusan kerana kutipan kami tidak sebanyak mana. Jadi sumbangan ini sangatlah bernilai.

”Alhamdulilah pemberian ini lembu ini akan kami gunakan untuk mengadakan jamuan raya kepada qariah masjid. Jumlah RM3,000 ini  macam-macam boleh buat aktiviti masjid untuk mengukuhkan silaturahim,” katanya ketika ditemui MalaysiGazette.

Isa Husin (kiri) menerima sumbangan daripada Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi mewakili Perdana Menteri

Sementara itu, bagi ahli jawatankuasa (AJK) Surau Muhajirin Indera Mahkota, Isa Husin menganggap pemberian sumbangan  rezeki bersempena kelulusan surau bekenaan yang diluluskan sebagai surau kebenaran Jumaat (SKJ).

”Kebetulan surau kami dapat SKJ, jadi pada raya haji ini boleh buat sumbangan sekali dengan lima ekor lembu yang akan ditumbangkan sekali nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here