Jarrad Branthwaite. Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester United telah mengemukakan bidaan pembukaan sebanyak £43 juta untuk bek tengah Everton, Jarrad Branthwaite, lapor The Time.

Tawaran itu adalah bayaran perpindahan bernilai £35 juta  dengan tambahan £8 juta termasuk yang akan diaktifkan hanya jika pemain atau kelab mencapai pencapaian tertentu.
Namun Everton dijangka menolak tawaran berkenaan dalam masa terdekat kerana kelab itu percaya pemain muda berusia 21 tahun itu memerlukan bayaran yang lebih tinggi untuk mempertimbangkan penjualan.
Everton mengekalkan pendirian mereka untuk Branthwaite dengan tawaran bidaan perlu sekurang-kurangnya £65 atau £70 juta.
United dikhabarkan masih mempunyai tiga lagi pilihan lain selain Branthwaite tetapi bintang muda itu mahu meninggalkan Everton. – Agensi