Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah berdasarkan pengalaman berdepan konflik rumah tangga dan membesarkan anak sendirian,

Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, berkata, pelakon dan penyanyi terbabit perlu terus mara dalam mendepani kehidupan.

“Jangan melangkah tapi berlari ke depan,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Menerusi hantaran sama, ibu tunggal kepada dua putera yang sudah meningkat remaja itu juga dilihat menyindir seseorang.

“Sampah tu biarkan sahaja nanti ‘bandaran’ datang kutip,” ujarnya ringkas.

Kemelut rumah tangga Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dengan penyanyi Aliff Aziz berakhir pada 13 Jun lalu apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur.

Sebelum itu, isu kecurangan yang dilakukan berulang kali membabitkan bekas suami Bella meraih perhatian ramai. – MalaysiaGazette