TEHRAN – Sekurang-kurangnya sembilan pesakit maut dalam kebakaran di sebuah hospital di bandar Rasht di utara Iran, kata media kerajaan.

Kebakaran di Hospital Ghaem berlaku pada 1.30 pagi (2200 GMT pada hari Isnin) dan berjaya dipadamkan, menurut IRIB.

Pasukan penyiasat sedang mengenal pasti puncanya.

“Malangnya, sembilan orang kehilangan nyawa dalam kemalangan kebakaran ini,” kata Mohammad Taghi Ashobi, Presiden Universiti Sains Perubatan Gilan di Rasht.

Menurutnya, kebanyakan pesakit yang meninggal dunia itu dirawat di unit rawatan rapi.

Menurut laporan, hospital itu mempunyai 250 katil dan 142 daripadanya telah dihuni semasa kebakaran. – Agensi