Pemilik Tayyib Ranch, Idan bersama 'Abu' seekor lembu Jantan baka Brahman miliknya sebelum dikorbankan sempena hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 16 JUN 2024.

Lembu sado atau dikenali sebagai lembu baka ‘kayangan’ tetap menjadi pilihan sebahagian orang di Malaysia bagi ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha walaupun harga mencecah lima angka seekor. Permintaan tinggi terutamanya daripada golongan berkemamĀ­puan.

Penternak lembu sado, Mohd Sakhedan Sidek berkata, lebih 50 ekor lembu sado peliharaanya di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor berharga antara RM12,000 ke RM30,000 seberat 600kg-1000kg telah ditempah oleh pembeli.

‘Abu’ nama lembu jantan baka Brahman seberat lebih 1 tan berjaya mencuri tumpuan di karnival Qurban berikutan fizikalnya yang besar dan beratnya seperti enam ekor lembu saiz biasa berjaya dijual dengan harga RM30,000. Lembu ini diternak dan diberi makan pelet, pelet soya, jagung, pollard putih dan rumput Napier untuk menghasilkan daging berkualiti tinggi.

Rakan Kongsi Pemilik Tayyib Ranch, Mohd Sakhedan Sidek,40 atau lebih dikenali Idan berkata, ini merupakan tahun pertama mereka mengadakan Karnival Qurban terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 50 ekor lembu pelbagai baka antaranya Angus, Charolais, Limousin, dan Brahman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette.

Pemilik Tayyib Ranch, Idan memberi makanan kepada ‘Abu’ seekor lembu Jantan baka Brahman miliknya sebelum dikorbankan sempena hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kg Sungai Kelambu Banting, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 16 JUN 2024.
Gelagat kanak-kanak menenangkan ‘Abu’ sebelum dikorbankan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Orang Asli Bukit Dugang, Sg Merab Bangi. Foto SYADILA AMARI, 17 JUN 2024.
Sebahagian petugas menumbang ‘Abu’ untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Orang Asli Bukit Dugang, Sg Merab Bangi. Foto SYADILA AMARI, 17 JUN 2024.
Idan melakukan penyembelihan ibadah korban pada seekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Orang Asli Bukit Dugang, Sg Merab Bangi. Foto SYADILA AMARI, 17 JUN 2024.
Idan mengasah pisau untuk digunakan penyembelihan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Orang Asli Bukit Dugang, Sg Merab Bangi. Foto SYADILA AMARI, 17 JUN 2024.
Petugas melakukan kerja-kerja melapah lembu sado yang telah selesai dikorbankan sempena hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Orang Asli Bukit Dugang, Sg Merab Bangi. Foto SYADILA AMARI, 17 JUN 2024.
Pembahagian daging korban kepada pendududuk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Orang Asli Bukit Dugang, Sg Merab Bangi. Foto SYADILA AMARI, 17 JUN 2024.