BUKIT MERTAJAM – Kerajaan menyifatkan langkah penyasaran subsidi diesel merupakan langkah tepat untuk menyelamatkan dana negara yang bocor dan disalah guna selama ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia terbukti apabila beberapa syarikat pelancongan di Singapura mengumumkan kenaikan pakej melancong ke negara ini susulan tindakan penyasaran diesel tersebut.
Jelas beliau, ia secara tidak langsung menunjukkan subsidi diesel yang dibiayai kerajaan selama ini digunakan pihak asing dan tidak adil bagi rakyat yang membayar cukai di negara ini.
“Bukan itu saja tetapi nelayan asing dan syarikat minyak disempadan serta siri-siri penangkapan (penyeludupan diesel) yang diteruskan itu membuktikan bahawa penyasaran subsidi itu kritikal untuk negara kita untuk menyelamatkan dana yang bocor dan disalah guna.
“Kita nampak perlanggaran dari peraturan diesel subsidi ini untuk orang miskin, petani nelayan, pekebun kecil, bas sekolah dan pengangkutan awam.
“Disebabkan itu, kerajaan ambil langkah melaksanakan penyasaran subsidi ini dan kerajaan terdahulu juga turut menyatakan melaksanakan langkah sama sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Korban Perdana di Masjid Cherok To’kun bawah di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Anwar meluangkan masa lebih satu jam untuk menyantuni penduduk setempat termasuk menyaksikan kariah masjid menyempurnakan ibadah korban.
Tambah Anwar, pihaknya akur percubaan yang dilakukan dalam penyasaran subsidi diesel ini mempunyai masalah susulan ia masih di peringkat awal.
“Kita baca daripada liputan media bahawa ramai tidak dapat menerima kenaikan harga minyak diesel termasuk mencerca kerajaan seolah-olah zalim dan menekan rakyat.
“Memang terlalu nyata orang mencerca kita..kalau ada beberapa kelemahan, (sila) maklumkan, kita betulkan dan ini pencubaan awal yang tentunya ada sikit masalah.
“Saya masih ambil sikap (terbuka) kalau ada masalah tolong beritahu, namun soal besar apakah wajar kita teruskan penyasaran subsidi, itu wajar,” tegas beliau. – MalaysiaGazette
Bila rakyat kata ko dan Ripizi bangang, ko marah..Agen Pelancongan Singapore seludup minyak..Thailand seludup minyak..ko plak gagal dari segi penguatkuasaan, ko suruh semua rakyat yg tak bersalah plak kena tanggung akibat? kegagalan kawalan ko?? Singapore buat perangai, rakyat Malaysia tanggung? Punya laa bangang