Polis Britain sedang mencari tiga budak yang hilang di taman tema Isnin lalu. Foto: Polis Surrey

SURREY, BRITAIN- Polis sedang mengesan tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di taman tema Thorpe Park, pada Isnin.

Media tempatan melaporkan, tiga kanak-kanak berkenaan, Khandi 14, Amelia,9 dan Malik 7, dilaporkan hilang kira-kira jam 7 petang.

“Kanak-kanak berkenaan “mungkin telah pergi ke London” selepas mereka kali terakhir dilihat berjalan ke arah Staines dari taman berkenaan yang terletak di Chertsey,” kata Polis Surrey dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, Khandi adalah seorang gadis berkulit hitam dengan ketinggian 160cm.

Dia memiliki bentuk badan langsing, memakai kaca mata dan pada hari kejadian memakai seluar jogging berwarna hitam atau kelabu.

Amelia pula seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Eropah dengan ketinggian 110cm, kurus dan memakai seluar jogging kelabu.

Malik yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Amelia adalah seorang kanak-kanak lelaki, berketurunan Eropah dengan ketinggian 110cm.- Agensi