MINA- Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengesa komuniti antarabangsa mengambil semua langkah untuk menghentikan keganasan Israel di semenanjung Gaza dengan segera.
Beliau yang juga Perdana Menteri Arab Saudi mahu semua pihak memastikan nyawa rakyat Palestin dilindungi.
Mohammed berkata demikian ketika berucap di majlis resepsi tahunan haji di Istana Mina pada Isnin.
“Jenayah kejam sedang dilakukan terhadap saudara-saudara kita di Semenanjung Gaza sementara kita semua diberi peluang meraikan Aidiladha.
“Kami memberi penekanan terhadap perlunya keganasan ini dihentikan segera dan kami merayu kepada komuniti antarabangsa untuk mengambil semua langkah perlu dalam melindungi nyawa di Gaza,” katanya,
Putera Mahkota turut menekankan kepentingan melaksanakan resolusi supaya gencatan senjata segera dilaksanakan yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini.
“Arab Saudi sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf negara Palestin yang merdeka bersama penduduk yang menumpang (boarder) pada 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara supaya saudara-saudara kita rakyat Palestin memperolehi semula hak mereka, mendapat keadilan dan kedamaian berpanjangan,” katanya.- SAUDI GAZETTE