Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin

KUANTAN – Seorang penganggur tidak serik-serik dicekup polis meskipun sudah mempunyai 13 rekod lampau kesalahan berkaitan narkotik.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 39 tahun itu diberkas ketika serbuan dijalankan di kawasan tepi jalan di Lorong Seri Mahkota Permai, Kuantan Pahang, 15 Jun lalu.

“Dalam sebuan jam 1.30 petang Sabtu, polis berjaya merampas 52 ketulan mampat dedaun kering kehijauan disyaki ganja anggaran berat 56,223.60 gram dianggarkan bernilai RM173,600.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki suspek,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan sebatan tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Jun 2024 bagi membantu siasatan.

Menurutnya hasil saringan awal ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Hasil sisatan pihak polis mendapati suspek aktif dalam kerja pengedaran dadah lebih setahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast