Gambar hiasan. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021. -

JOHOR BAHRU – Hospital Sultan Ismail (HSI) sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada dua mayat yang belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu.

Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) II HSI, Dr. Mohd Zaki Mohd Zakaria berkata, Tang Gee Pang, 41, meninggal dunia di Wad 6A pada 6.39 petang 26 Mei lepas manakala Khoo Lee Ping, 55, meninggal dunia pada jam 6.20 petang 7 Jun lepas di Wad 3A.

“Sehubungan dengan itu, pihak HSI mengharapkan saudara mara atau orang ramai yang mengenali waris dapat tampil memberikan maklumat dan membuat tuntutan di Jabatan Perubatan Forensik HSI,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Forensik, Abdul Jawad Sipun di talian 07-3565000 sambungan 2803. – MalaysiaGazette