Pegawai JPJ cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam longkang dalam kejadian di Kilometer 167.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, semalam.

NIBONG TEBAL – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 167.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini semalam.

Kejadian pukul 2.30 petang itu turut menyebabkan kenderaan milik jabatan itu mengalami kerosakan bahagian hadapan dan belakang.

Difahamkan, mangsa berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah menghala ke Putrajaya dan cuaca ketika itu hujan lebat.

Mangsa mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan di hadapannya yang menukar lorong kanan ke kiri secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di kiri jalan sekali gus mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri serta pinggang.

Terdahulu, tular video serta beberapa keping gambar menunjukkan kenderaan milik JPJ terlibat dalam kemalangan. – MalaysiaGazette