Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap dalam demikian dalam sidang media selepas melancarkan sistem aplikasi MYBRP@CKAPS, di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) komited  membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan isu Parallel Pathway pada sesi Parlimen akan datang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, draf RUU Akta 50 itu masih melalui proses semakan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Saya difahamkan oleh Penasihat Undang-Undang KKM dan juga bahagian perkembangan perubatan bahawa mereka sedang melalui penelitian akhir dan dari situ, saya ingat akan dapat kita rangkumkan dan rumuskan untuk dibentangkan.

“Saya tidak tahu secara perincian bila saya akan bentangkan kepada Kabinet tapi kita mahu ia dibentangkan pada minggu pertama dan bahas dalam minggu ketiga pada sesi Parlimen ke-15 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan sistem aplikasi MYBRP@CKAPS di sini hari ini.

Isu Parallel Pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi Mara membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Ia selepas MMC menolak permohonan empat pakar bedah kardiotoraks untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery (FRCS Ed) yang diperoleh mereka tidak diiktiraf. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Boleh laa korang sesuka hati pinda dan iktiraf parallel pathways kat Malaysia…tapi lawak laa..sebab Majlis Perubatan UK atau General Medical Council UK sendiri tak iktiraf program parallel KKM…

Comments are closed.