Home Utama Percikan api keluar dari enjin, pesawat Malaysia Airlines mendarat cemas di Hyderabad

Percikan api keluar dari enjin, pesawat Malaysia Airlines mendarat cemas di Hyderabad

 

HYDERABAD – Lebih 100 penumpang dalam penerbangan dalam penerbangan ke Malaysia mengalami situasi mencemaskan apabila pesawat Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi.

Pendaratan cemas itu dibuat ekoran isu teknikal yang berlaku semasa penerbangan.

Ketika kejadian, pesawat MH199, yang membawa 138 penumpang berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 12.45 pagi hari Khamis.

Bagaimanapun, sejurus selepas berlepas, pesawat itu terpaksa kembali ke lapangan terbang dan melakukan pendaratan cemas lapor Times of India.

Difahamkan pesawat itu mengalami kerosakan enjin, menyebabkan percikan api terpancar dari enjin.

Malaysia Airlines mengesahkan kejadian tersebut.

“Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 2024 kembali ke Hyderabad kerana masalah dengan salah satu enjin semasa ia ke udara sejurus berlepas.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan,” katanya.

Menurut Malaysia Airlines, semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat.

“Penumpang yang terjejas akan dipindahkan ke penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka.

Pesawat itu kini menjalani pemeriksaan lanjut.

“Keselamatan kekal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here