Presiden MIAForce merangkap jurucakap keluarga, Dayalan Sreebalan (tengah) menyerahkan memorandum kepada wakil SUHAKAM.

KUALA LUMPUR – Selepas 52 hari sejak insiden pelajar lelaki tahun lima disidai hampir tiga jam di bawah terik matahari berlaku namun keluarga mangsa mendakwa mereka masih lagi belum menerima jawapan dari pihak berkepentingan.

Justeru jurucakap keluarga yang juga merangkap Pengerusi Malaysia Indian Action Force (MIAForce), Dayalan Sreebalan berkata, pihaknya menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk mendapatkan keadilan terutamanya kepada mangsa.

“Kami percaya SUHAKAM boleh membantu untuk mempercepatkan siasatan kes ini kerana apabila kes ini tertangguh, banyak isu yang timbul seperti urusan persekolahan murid itu.

“Situasi ini menjadi semakin rumit apabila semua pihak yang pernah bekerjasama dengan kami sebelum kes tular kini berdolak-dalih kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko.

“Malahan kami juga sedang berusaha untuk menghantar pelajar itu ke hospital swasta supaya dia dapat menerima rawatan mental dalam persediaan menghantarnya ke sekolah semula,” katanya dalam sidang media di Menara TH Perdana petang tadi.

Penangguhan kes ini turut menyebabkan tekanan kepada ibu murid itu, Mogana Selvi yang sedang mengandung empat bulan sehingga dirinya telah dimasukkan ke hospital sebanyak empat kali sepanjang siasatan berjalan.

Sebelum ini, tular mengenai satu kejadian di mana seorang murid tahun lima telah disidai hampir tiga jam di bawah matahari sehingga terkena strok haba.

Mangsa kemudiannya telah koma dan dirawat selama lima hari di hospital sebelum disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya kerana dipercayai menghidap masalah saraf yang mengakibatkan dia kerap bercakap seorang diri setelah sedar dari koma. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU

Keluarga murid kena jemur sudah buat laporan polis – Peguam

GEGAR gesa PPD bertindak segera isu murid kena jemur

Murid kena jemur trauma lihat tetamu datang, takut cikgu datang – Ibu

Sudah lebih 40 hari, belum ada perkembangan kes pelajar dijemur – Peguam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast