Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Zainul, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 21 JUN 2024

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah makan tengah hari di Zainul Nasi Kandar, Medan Selera Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Beliau tiba di medan selera itu kira-kira jam 12.45 tengah hari bagi menikmati hidangan tersebut.

Turut hadir menjamu selera ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz yang terletak tidak jauh dari medah selera tersebut. – MalaysiaGazette