Pelakon Redza Rosli bergelar suami kepada wanita pilihan Bella Hanna.

KUALA LUMPUR – Pelakon Redza Rosli sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Bella Hanna dalam sebuah majlis di Forest Valley Hall, Cheras hari ini.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Qaryah Masjid Taman Rakan Cheras, Ustaz Mohamad Mustakim Sarmuji.

Bagaimanapun, pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Dalam majlis yang bertemakan serba putih itu, Redza kelihatan kacak mengenakan persalinan warna suci sekali gus menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis akad nikah dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua pengantin termasuk rakan selebriti untuk meraikan kedua mempelai.

Antara rakan selebriti yang turut hadir seperti Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Erysha Emyra dan Zamarul Hisham.

Lebih menarik, dulang hantaran dibawa rakan artis antaranya pelakon Adam Lee bagi pihak pengantin lelaki dan aktres Datin Elvina bagi pengantin perempuan.

Untuk rekod, Redza sebelum ini pernah bergandingan dengan wanita pilihannya itu menerusi drama bersiri Luruhnya Bunga Cinta – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here