umrah pilgrims unvaccinated Covid-19 vaccine Omicron Saudi Arabia SAFTTA
Gambar arkib MG

KUALA LUMPUR – Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi meninggal dunia hari ini, menurut portal haramain.com.

Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Mekah.

Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

Allahyarham merupakan bekas Ketua Jabatan Dakwah dan Asas Agama Universiti Umm Al-Qura di bandar suci itu.

Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah di mana Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara.

Sementara itu, tanggungjawab memegang kunci pintu Kaabah biasanya diserahkan kepada anggota tertua keluarga kaum Al-Shaibi, tidak semestinya anak lelaki pemegang kunci sebelumnya.

Peraturan itu membolehkan kepercayaan berkenaan dilakukan secara lancar dalam kalangan anggota keluarga terbabit.

Keluarga itu diamanahkan untuk memegang kunci itu sejak zaman Rasulullah (SAW). – Agensi