Datuk Seri M Saravanan menang tanpa tanding jawatan Timbalan Presiden MIC hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri M Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan parti hari ini.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, beliau berterima kasih dan menghargai sokongan, kepercayaan semua pihak terutama Presiden, Tan Sri SA Vigneswaran untuk menerajui untuk sepenggal lagi.

“Pastinya saya tidak akan sesekali mengecewakan mana-mana pihak sebaliknya amat komited dalam merealisasikan kepercayaan dan sokongan anda dalam membawa parti ini ke peringkat yang lebih baik.

“Saya juga ambil peluang ini untuk ucapkan syabas dan selamat maju kepada semua pada pemilihan parti kali ini. Pemilihan ini juga membuktikan proses demokrasi yang diamalkan oleh MIC untuk sekian lama,” katanya.

Menurut Saravanan, beliau komited dalam memastikan MIC bersedia menghadapi pilihan raya dengan lebih baik.

Sementara itu, terdapat empat pencalonan bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (21 pencalonan).

Pilihanan pucuk pimpinan MIC akan berlangsung pada 6 Julai depan akan juga menyaksikan pertembungan antara penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk T. Mohan, Datuk T. Murugaiah, Datuk Asojan dan Datuk R Nelson yang merupakan Ahli Dewan Negara.

Bagi jawatan CWC, seramai 45 calon akan bertanding pada pemilihan kali ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast