KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat turut memikul tanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai atau genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, Israel berani untuk melakukan pembunuhan besar-besaran kerana mendapat keizinan daripada Amerika Syarikat.
Tambah Dr. Mahathir, kenyataan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berbohong apabila mendakwa Isreal telah menerima formula Majlils Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan serangan dan ia telah ditolak oleh Hamas.
“Jika Israel terima kenapakah Israel masih menyerang Gaza? Israel bukan sahaja terus menyerang tetapi sudah meningkatkan serangan sehingga lebih ramai rakyat Gaza dibunuh. Tidak ternampak sedikit pun Israel menunaikan penerimaan gencatan perang seperti yang didakwa oleh Biden.
“Sebaliknya Hamas yang didakwa Biden tidak menerima keputusan Security Council tidak ternampak melaku genosid seperti Israel.
“Jika ada serangan oleh Hamas sebabnya tentulah kerana menangkis serangan Israel. Selagi Israel menyerang Gaza, Hamas terpaksa bertindak balas supaya tertangkis serangan Israel,” kata Dr. Mahathir.
Hakikatnya menurut Dr. Mahathir, tidak ada sebarang usaha secara serius untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Menurut Dr. Mahathir, sebagai pemimpin kuasa besar Biden sepatutnya mengundang pemimpin Israel dan Hamas untuk membuat pengakuan menghenti perang secara rasmi.
Namun sebaliknya, Amerika Syarikat bukan sahaja tidak menghentikan pembunuhan beramai-ramai, negara itu turut membekalkan senjata untuk membunuh penduduk Gaza.
“Tetapi ini tidak dilakukan. Yang kita dengar ialah kenyataan oleh Biden bahawa Hamas tidak terima keputusan yang disahkan oleh UN Security Council.
“Sebenarnya Hamas sudah nyatakan penerimaan Biden dan Majis Keselamatan PBB. Genosid oleh Israel masih diteruskan. Kematian penduduk Gaza meningkat.
“Ini adalah kenyataan yang benar. Dan yang nyata juga ialah Amerika Syarikat masih membekal Israel dengan senjata dan dana untuk Israel meneruskan perang genosid mereka,” kata Dr. Mahathir.
Ketika ini lebih 37,000 penduduk Palestin di Gaza telah dibunuh dalam serangan berterusan Israel selama lebih lapan bulan sejak Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette
Dan yg membekalkan senjata itu ialah Blackrock..pembunuh rakyat Palestin…yg UMNO dan kerajaan hari ini jual kepentingan strategik negara kpd mrk