Akmal Saleh.-Foto MUHD NA’IM, 26 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Analogi penjualan karipap dijadikan analogi bagi memberi penjelasan berhubung isu membabitkan BlackRock Inc dan syarikat milik penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP) dalam pembelian saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, melalui analogi berkenaan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan seharusnya faham isu tersebut.

“Ada beza pegangan saham yang terbuka dengan jual saham secara terus. Pegangan saham secara terbuka, sesiapa sahaja boleh beli berbanding isu saham MAHB ini dijual secara terus kepada BlackRock.

“Kalau tak faham juga saya bagi analogi macam nilah, saya jual karipap di pasar malam dan sesiapa sahaja boleh beli, berbanding saya buat karipap dan datang rumah kamu dan minta kamu beli karipap yang saya buat. Kalau tak faham juga, tak taulah,” kata Dr. Muhammad Akmal.

Dr. Sathia sebelum ni dilaporkan meminta Dr. Muhammad Akmal agar bersikap lebih jujur ketika memberi pandangan mengenai dasar-dasar kerajaan semasa.

Beliau mempersoalkan mengapa Ketua Pemuda UMNO tersebut mengkritik pelaburan Blackrock di negara ini pada masa ini tetapi tidak tidak berbuat demikian ketika pentadbiran BN yang lalu.

“Saya berasa pelik apabila Akmal kata pemuda UMNO tidak setuju dan meminta kerajaan menolak penjualan 30 peratus saham (MAHB) tersebut dan menggesa agar kerajaan menghentikan usaha tersebut kerana pemilik Blackrock, Larry Fink merupakan penyokong Israel.

“Tapi saya tak lihat Akmal memberi sebarang kenyataan berhubung bagaimana Blackrock boleh menjadi pemegang saham kedua terbesar di negara kita.

“Adakah Akmal tak berani kerana kerajaan ketika itu dipimpin oleh BN,” katanya.

Dr. Muhammad Akmal kemudian membalas kenyataan tersebut secara sinis sama ada Dr. Santia akan membuat bantahan apabila diesel bahan api dinaikkan.

“Nak tanya juga, dulu kamu turun berguling tak masa petrol naik 20 sen? Sekarang tak nak buat ke?” tanya Dr. Muhammad Akmal.

GIP yang dimiliki sepenuhnya Blackrock, iaitu syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel, selain melabur dalam syarikat yang membekal senjata kepada regim Zionis.

Dr. Muhammad Akmal baru-baru ini mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ekonomi Malaysia akan terjejas jika kerajaan memutuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Karipap tu presiden UMNO…mcm lembu dicucuk hidung…UMNO akan terus hilang sokongan org Islam sebab Zahid Hamidi sokong penjualan MAHB kepada Blackrock pro Zionis…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here