KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan cadangan orang ramai untuk membantu membentuk memorandum atau kertas cadangan pembentukan pelan pendidikan baharu yang komprehensif dan holistik.
Menurut kenyataan media, KPM kini sedang berusaha untuk menghasilkan pelan pendidikan baharu untuk menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
“Sehubungan dengan itu, kami telah membangunkan Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2023-2026. Portal itu akan menjadi saluran untuk memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea berkaitan hala tuju pendidikan negara.
“Mereka yang mempunyai sebarang cadangan, boleh mengakses pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public bermula 14 Mei hingga 31 Disember tahun ini,” katanya.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen KPM dalam menjayakan reformasi pendidikan demi manfaat generasi masa depan negara. – MalaysiaGazette