Datuk Red. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Datuk Red mengakui dia sanggup menunggu dua bekas isteri, Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi terbuka untuk menerimanya kembali dirinya sebagai suami.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memberitahu, dia enggan berkahwin lain sekiranya kedua-dua wanita itu belum berumah tangga kembali.

Namun bapa kepada 11 anak itu redha sekiranya kedua-dua wanita itu bertemu jodoh dengan lelaki lain.

“Tujuan untuk berkahwin semula bukan kerana nafsu, sebaliknya dia mahu mempunyai teman bagi menjalani hari tua. Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu sahaja tawaran mereka.

“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Tapi kalau mereka dah kahwin, nak buat apa lagi,” katanya dalam siaran langsung di TikTok membalas pertanyaan pengikut mengenai hal jodoh selepas bercerai dengan kedua-dua isterinya.

“Saya fikir nak kahwin hanya untuk sakit pening ketika tua nanti.

“Takkan nak menyusahkan anak-anak saya, takkan nak menyusahkan adik-adik saya. Itu sahaja. Nafsu pun dah tiada, dah tua-tua ni,” katanya lagi.

Sebelum ini, rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun dengan Adira iaitu isteri keduanya berakhir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 23 April lalu.

Selepas 21 hari, Datuk Red  bercerai pula dengan isteri pertama, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Bersama Adira yang dinikahi di Songkhla, Thailand, mereka dikurniakan empat anak, manakala dengan Datin Red, tiga cahaya mata. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here