Gambar hiasan. Foto MUHD NA’IM, 05 SEPTEMBER 2023.

SUNGAI BAKAP – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) mengeluarkan sebanyak 128 kertas undi pos bagi mereka yang layak untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini.

Pengeluaran itu telah dijalankan oleh petugas yang layak pegawai pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

Menurut Setiausaha SPRM, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, pengeluaran itu adalah untuk 120 undi pos kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis), lima undi pos bagi kategori 1B (warga Malaysia di luar negara) dan tiga undi pos bagi kategori 1C (agensi dan organisasi).

Dalam masa yang sama, SPRM mengingatkan semua pengundi pos untuk mengisi borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) dengan lengkap dan menanda pada kertas undi sebelum mengembalikannya kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada 6 Julai nanti.

Beliau turut menasihati pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi dengan tidak merakan gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast