Mayat warga emas berusia 70 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 12.15 tengah hari di Mentakab, Temerloh hari ini

TEMERLOH – Mayat warga emas ditemukan lemas selepas sehari dilaporkan hilang berhampiran kawasan anak sungai berhampiran Kuil Sri Muniswaran, Batu 1 Jalan Karak, dekat Mentakab hari ini.

Ketua Polis Temerloh Asisten Komisoner Mazlan Hassan berkata, mayat lelaki India berusia 70 tahun itu ditemui jam 12.15 tengah hari tadi, kira-kira 50 meter dari jarak mangsa dilaporkan hilang.

”Pada jam 12.30 tengah hari semalam, semasa pengadu yang merupakan anak saudara mangsa berada di rumah ternampak bapa saudaranya keluar dari rumah.

”Pengadu telah dimaklumkan oleh jiran sebelah rumah bahawa dompet dan telefon bimbit milik bapa saudara ada di kuil Sri Muniswaran, Batu 1 Jalan Karak, Mentakab pada 7.30 malam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan hari ini oleh 29 pegawai dan anggota terdiri daripada pihak polis, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggunakan tiga buah bot.

”Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mencari sekitar sungai kerana menjumpai selipar mangsa di tepi sungai,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS). – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here