Poster hari terbuka MMU

CYBERJAYA – Universiti Multimedia (MMU) menjemput orang ramai untuk hadir ke Hari Terbuka MMU, Cyberjaya pada 29 dan 30 Jun ini.

Menurut MMU, hari terbuka ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang khususnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan maklumat tentang program-program yang ditawarkan.

“Ini akan membolehkan mereka meneroka pengajian di peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang seperti Teknologi Maklumat (IT), Kreatif Multimedia, Kejuruteraan, Pengurusan dan lain-lain.

“Kajian Graduate Tracer Study yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi mendapati graduan MMU mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan lebih 97 peratus graduan MMU mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian,” katanya menerusi kenyataan.

Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, orang ramai boleh mengunjungi kemudahan-kemudahan di kampus MMU seperti bilik kuliah, makmal dan asrama semasa Hari Terbuka itu.

“Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir pada Jun ini, boleh lah hadir ke Hari Terbuka MMU di kampus Melaka pada 20 dan 21 Julai 2024,” tambahnya.

Sertai Hari Terbuka MMU untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program akademik, kemudahan penginapan, biasiswa, dan yuran program asasi dengan kadar istimewa serendah RM6,500 untuk kemasukan Julai 2024 (tidak termasuk program Undang-Undang). – MalaysiaGazette