Perniaga, Nur Hanim Mustafa, 31, Bercakap pada media berkenaan masalah lalat yang dikatakan berpunca dari kilang pemprosesan ayam di sekitar Lorong Halaman Indah, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 25 JUN 2024.

NIBONG TEBAL – Meskipun sudah lali dengan masalah diserang ribuan lalat sejak bertahun lalu namun peniaga di Taman Halaman Indah, Sungai Bakap, di sini, mengharapkan jalan penyelesaian daripada bakal wakil rakyat yang akan dipilih pada 6 Julai nanti.

Pengusaha kopi-kopi kitchen, Warizan Ahmad, 43, mendakwa kewujudan beberapa ladang ternakan ayam berusia puluhan tahun berhampiran lokasi perniagaan itu dipercayai punca lambakan lalat.

Perniaga, Warzinan Ahmad ,43, Bercakap pada media berkenaan masalah lalat yang dikatakan berpunca dari kilang pemprosesan ayam di sekitar Lorong Halaman Indah, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 25 JUN 2024.

Jelasnya, sekurang-kurangnya empat kali sebulan mereka berdepan situasi diserang ribuan lalat susulan pemilik ayam itu mengeluarkan ternakan selain dipercayai menyembur ubat di kawasan mereka.

“Bila depa (pemilik ternakan) bertindak sedemikian lalat nak lari mana? Semestinya kawasan berhampiran yang diserang.

“Situasi itu menyebabkan imej perniagaan saya tercalar khususnya dalam kalangan orang luar Sungai Bakap yang menganggapkan perniagaan masakan nasi Melayu yang diusahakan ini tidak bersih.

“Tapi mereka tidak tahu, selain memastikan premis bersih saya juga terpaksa menghabiskan wang RM300 setiap bulan untuk membeli barang perangkap lalat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Tambahnya, meskipun ladang tersebut sudah lama wujud namun besar harapan peniaga di sini agar pihak berkaitan khsususnya bakal wakil rakyat bantu menyelesaikan masalah ini.

Bagi pemilik kedai runcit, Nur Hanim Mustafa, 31, setiap kali tiba musim hujan dan perayaan kedainya akan diserang sekurang-kurangnya seminggu.

Perniaga, Nur Hanim Mustafa, 31, Bercakap pada media berkenaan masalah lalat yang dikatakan berpunca dari kilang pemprosesan ayam di sekitar Lorong Halaman Indah, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 25 JUN 2024.

“Lalat memang ada, cuma lambakan itu bermusim bila ternakan dibawa keluar dan saya pernah berdepan situasi diserang hampir dua minggu yang hampir menjejaskan perniagaan.

“Bayangkan lah, kami jual barangan mentah seperi ikan, ayam sudah semestinya pelanggan tidak akan membeli jika dihurung lalat yang banyak selain merisikokan kesihatan mereka juga.

“Jadi selain memastikan barangan termasuk perkakasan kedai bersih kami juga perlu menutup bahan mentah setiap kali tiba musim diserang lalat,” katanya.

Menurut pekerja pemborong kerepek, Atikah Ghazali, 32, mereka yang mengusahakan perniagaan bahulu pernah berdepan situasi terpaksa buang adunan selepas lalat terjatuh dalamnya.

Perniaga, Atikah Ghazali, 32, Bercakap pada media berkenaan masalah lalat yang dikatakan berpunca dari kilang pemprosesan ayam di sekitar Lorong Halaman Indah, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 25 JUN 2024.

Jelasnya, selain terpaksa menganggung kerugian adunan bahulu dibuang mereka turut berdepan risiko dengan pihak kesihatan atas faktor kebersihan dalam menghasilkan makanan.

“Kami sangat berjaga-jaga dalam menguruskan proses pembuatan makanan khususnya bahulu.

“Macam-macam cara termasuk perangkap lalat digunakan untuk menangani masalah ini namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian ditemui.

“Jadi kami ada pihak ambil peduli tentang perkara ini sekali gus membantu kami dari segi mengurangkan risiko kerugian akibat lalat terjatuh dalam aduanan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast