Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan bercakap kepada media pada Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal ke IPT dan Bantuan Khas Yayasan Wilayah Persekutuan ketika di Wisma YWP, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan penahanan dua pegawai kanan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana agensi itu bernilai RM1.2 bilion.

Penahanan mereka berdasarkan kepada laporan prosiding badan tersebut.

Ahlinya, Zahir Hassan yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata, penahanan itu juga disebabkan beberapa penemuan dalam prosiding yang dibuat oleh PAC pada Mac lalu.

“Ya, difahamkan begitu,” jawab Zahir kepada soalan wartawan berhubung penahanan dua pegawai kanan badan berkanun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mei lalu.

Zahir turut berkata, siasatan itu adalah disebabkan terdapat perubahan pembangunan daripada ‘design, built and finance’ kepada ‘design and built’ sahaja.

“Kedudukan kewangan Felcra tidak cukup untuk menyiapkan projek tersebut walau bagaimanapun keadaan projek itu telah berterusan dan berjalan tanpa perjanjian yang jelas sehingga ia disiapkan.

“Jadi itu menyebabkan kerajaan pada 201k memberikan dana tambahan sebanyak RM544 juta untuk menyiapkan projek tersebut.

“Beberapa penemuan dalam prosiding ini telah menyebabkan SPRM sebagai penyiasat dalam prosiding ini iaitu mengangkat isu ini ke peringkat seterusnya,” katanya lagi.

Pada 15 Mei lalu, SPRM mendedahkan penyelewengan dana itu membabitkan peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan.

Kedua-dua suspek berusia 50-an itu disyaki menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman daripada kerajaan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima daripada Kementerian Kewangan.

Manakala wang terbabit dipindahkan kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan.

2 pegawai kanan badan berkanun disyaki seleweng dana, pinjaman MoF

Dalam pada itu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya mengesyorkan lima perkara yang perlu dilaksanakan oleh Felcra, antaranya melihat kembali struktur serta operasi kumpulan syarikat berdasarkan matlamat asal penubuhan syarikat serta obligasi sosialnya demi menjaga kepentingan peserta dan pembangunan masyarakat luar bandar.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wiayah dan Felcra perlu lebih bertanggungjawab dan tegas dalam mengawal selia anak-anak syarikatnya supaya menjana keuntungan dan mencapai matlamat penubuhan.

“Felcra hendaklah membina keupayaan sebelum menceburi apa-apa bidang yang selain daripada perniagaan teras. KKDW perlu memastikan Felcra dan Felcra Properties merangka strategi menyeluruh, termasuk jualan dan juga peluang perniagaan, bagi projek Semarak20 berjaya supaya pembayaran semula hutang kepada Kerajaan dapat dilakukan dan memperkukuhkan kedudukan kewangan syarikat,” kata Mas Ermieyati.

Syor terakhir adalah KKDW dan Felcra perlu melaporkan perkembangan terkini status pembayaran hutang kepada Kerajaan dan pelaksanaan strategi ke atas projek Semarak20 kepada PAC setiap tiga bulan sebagai satu mekanisme pemantauan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 siri 2 yang dibentangkan di Parlimen pada 16 Februari tahun lalu mendedahkan Felcra dan anak-anak syarikatnya mempunyai hutang RM1.532 bilion – MalaysiaGazette

Seleweng dana RM1.2b: Bekas CEO badan berkanun direman

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here