Dua individu merupakan bekas ketua pegawai kewangan dan bekas ketua pegawai operasi syarikat berkaitan hartanah direman disyaki mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran palsu bernilai kira-kira RM100,000. - Foto SPRM Selangor

KUALA LUMPUR – Dua individu merupakan bekas ketua pegawai kewangan dan bekas ketua pegawai operasi syarikat berkaitan hartanah direman disyaki mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran palsu bernilai kira-kira RM100,000.

Perintah reman ke atas kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu dikenakan bermula hari ini hingga 29 Jun  oleh Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini. 

Menurut sumber, suspek melibatkan seorang perempuan dan lelaki itu telah ditahan skeitar jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak Januari 2021 hingga April 2022 dan menerima kesemua bayaran secara pindahan akaun bank milik mereka (suspek).

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek disyaki telah mengemukakan 42 dokumen tuntutan pembayaran palsu yang menyebabkan kerugian kepada syarikat sedangkan tiada pembekalan barangan atau kerja-kerja telah dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here