Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) sebanyak 5.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 kepada 325,026 pemegang unitnya.

Ia melibatkan agihan bayaran pendapatan sebanyak RM405.65juta.

Sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM437.76 juta.

Pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburandomestik dan antarabangsa.

Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan ekuiti domestik menyumbang 11.8% daripada jumlah pulangan dan ekuiti antarabangsa menyumbang sebanyak 3.6%.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASB 3 Didik berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana
tersebut.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2024.

Urus niaga ASB 3 Didik di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 28 hingga 30 Jun 2024 bagi proses pengiraan pengagihan pendapatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here