Jho Low Fat Leonard
Jho Low

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya difahamkan telah memeterai perjanjian sulit untuk memperoleh kembali semula aset-aset hartanah dikaitkan dengan penyewelengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media antarabangsa melaporkan, perjanjian itu adalah tindakan merampas aset-aset sivil, jenayah dan pentadbiran atau prosiding berkaitan pelupusan’ aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

Difahamkan perjanjian itu juga telah ditandatangani oleh Pemangku Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Pemerolehan Wang di Jabatan Jenayah DOJ, Margaret A Moeser, pemegang amanah kewangan Jho Low dan peguam keluarganya, Robin Rathmell dari firma undang-undang Kasowitz Benson Torres.

Ini juga kemungkinan antara pendedahan selepas pengumuman pada Rabu lepas bahawa DOJ telah memperoleh tambahan AS$100 juta (RM471 juta) untuk menyelesaikan kes-kes perampasan harta awam sebelum dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia

DOJ menyatakan Jho Low membayar kira-kira AS$35 juta (RM146.57 juta) untuk lukisan Monet ‘Vetheuil au Soleil’, lukisan Warhol ‘Colored Campbell’s Soup Can (Emerald Green) 1965 dan apartment di Paris.

Jho Low dan keluarganya difahamkan akan menyerahkan harta bernilai AS$67 juta (RM280.47 juta), termasuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

Sebelum ini beberapa aset sudah dilucuthakkan dengan nilaian hampir AS$1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk ‘superyacht’ bernilai AS$120 juta (RM503 juta) milik Jho Low dan keluarganya.

Perjanjian yang ditandatangani semua pihak berkaitan pada 3 dan 4 Jun itu juga membabitkan komitmen sulit lain kepada Kerajaan AS yang akan meneruskan rundingan penyelesaian dengan rakan negara lain untuk mencapai resolusi menyeluruh kepada skandal itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here