Sekumpulan Warga Amerika Latin yang terlibat dalam jenayah pecah rumah melibatkan kerugian bernilai RM7 juta pada 31 Mei lalu tiba di Kompleks Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 28 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Amerika Latin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan pecah rumah dan mencuri RM7 juta milik seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara, di sini, bulan lepas.

Ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris, kedua-dua tertuduh iaitu Yeyson Andres Rocha, 22, dan David Serna Pena mengaku tidak salah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim, Dr Azral Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama individu yang masih lagi bebas berusia 45 tahun itu.

Jika sabit salah, kedua-dua mereka mengikut Sesyen 457 Kanun Keseksaan bersama Sesyen Kanun 34 boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan berikutan tertuduh adalah warga asing dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Manakala peguam mewakili kedua-dua tertuduh, Datuk Wan Azmir Wan Majid memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menghantar representasi terhadap tuduhan ke atas anak-anak guamnya.

Semalam media melaporkan  polis menahan lapan anggota geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin serta merampas pelbagai barangan yang dicuri bernilai lebih RM4 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata enam lelaki warga asing dan dua wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara dan Bangkok, Thailand susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan itu pada 31 Mei lepas.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan untuk sebutan kes. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here