KUALA LUMPUR – Dua buah motosikal rosak selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian di hadapan pusat beli belah Maju Junction, di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pukul 3.59 petang.

Katanya, sejurus menerima maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Titiwangsa digegaskan ke Lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat sebatang pokok tumbang telah menghalang laluan pejalan kaki dan menghempap dua buah motosikal jenis Honda RS dan Honda ADV.

“Bagaimanapun tiada sesiapa cedera dalam insiden terdebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman menunjukkan pokok tumbang di hadapan pusat beli belah berkenaan dengan keadaan angin kencang.

Rakaman diambil dari dalam kereta yang kemudian dimuat naik dan disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here